"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

PPSMI : Kerajaan Belum Pulih Kesedaran

20 Ogos 2009

PPSMI merupakan isu yang banyak mengubah landskap sosio-budaya bahasa dan politik negara. Banyak pihak membantah dasar yang dipraktikkan ini dengan pelbagai alasan, manakala pihak yang melaksanakan juga mempertahankannya dengan pelbagai alasan.

Antara pihak yang sangat memberi kesan dalam mendesak agar PPSMI ini dimansuhkan terus ialah mereka-mereka yang bergelar sasterawan negara, ahli-ahli bahasa, NGO-NGO yang berkait rapat dengan bangsa Melayu dan bahasa, yang penting apabila ianya juga dilaungkan bersama golongan politik Pakatan Rakyat.

Oleh kerana isu PPSMI ini sudah dikira sebahagian saham politik kepartian, maka kerajaan sedikit akur dengan desakan ini. Pindaan dibuat untuk memuaskan hati semua pihak. Tapi sayang seribu kali sayang.... pihak perlaksana melakukannya bukan atas dasar kesedaran bahasa dan bangsa tetapi semata-mata untuk mengimbangi kuasa dan pengaruh politik sahaja. Jika sekiranya isu ini tidak diendahkan ianya sudah pasti terus menerus akan memberi impak negatif dalam sokongan sebilangan besar rakyat terhadap pemerintah terus merudum.

Pengucupan bahasa ini dipandang enteng bila sasaran untuk memansuhkannya menjangkau tahun 2012. Hamba berpihak kepada pendapat A. Samad Said, yang menyatakan kenapa untuk memansuhkannya memakan masa sehingga 3 tahun sedangkan untuk melaksanakanya hanya mengambil masa 6 bulan sahaja. Secara asasnya, perubahan dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah lebih rumit dan perlu kepada perancangan dan persediaan yang secukupnya berbanding perubahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu kerana kita sudah mempunyai semua kelengkapan hanya tinggal bahan rujukan sahaja yang perlu diubah suai.

Kesedaran dalam isu PPSMI ini tidak langsung berputik dalam diri kerajaan, ini boleh kita lihat bagaimana guru-guru yang tidak langsung menggunakan bahasa inggeris akan diberi ancaman, kata ketua pengarah Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

“Kita akan ambil tindakan kepada guru-guru, pengetua. Dia tidak boleh, (sebab dikira) dia melanggar dasar,”

“Dasar Pengajaran Sains dan Matemarik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak ada ubah lagi. (Ia) masih dijalankan sehingga 2012. Dan kita sudah ingatkan pengetua dan guru besar, (berjalan) macam biasa."

Apa lagi rasionalnya jika diterima pakai bahawa PPSMI tidak sesuai untuk kita, mansuhkan terus atau jangan ancam mana-mana guru yang terlibat itu baru ada kesedaran. Kalau begini, nampak macam dia syok lagi dengan PPSMI ni.

Pak Samad nak demo lagi pasal PPSMI ini, hamba tetap sokong dia.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP