"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Isu Yang Kabur Menjadi Mainan Media Raih Politik

15 Ogos 2009

Isu DAP menghina Islam adalah isu yang kabur tidak mempunyai kekuatannya, isu ini sama seperti nasib Adun Seputih yang terpaksa merengkok dalam ISA suatu tempoh dahulu. Ini semua bertujuan untuk meraih politik murahan kerana tidak ada lagi isu yang sepatutnya dimainkan oleh Umno lebih-lebih lagi pilihanraya kecil Permatang Pasir semakin hampir.

Elok juga untuk memperjelaskan isu ini Setiusaha DAP Guan Eng mengemukan saman atau mengarahkan pihak berkenaan menyaman mereka yang menghidupkan api keagamaan ini. Sekurang-kurangnya untuk mengelakkan fitnah atau ketegangan agama yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertangungjawab semata-mata meraih politik murahan dengan melacurkan maruah nilai sebagai seorang muslim.

Isu perkauman, isu agama, isu bangsa adalah modal utama Umno dalam usaha menjatuhkan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang dikira berada di kemuncaknya pada saat ini.

Dengan isu ini juga Umno melontarkan belbagai fitnah, yang kononnya pihak PR lah yang memainkannya sedang mereka sengaja membakar isu-isu yang dianggap sensitif ini melalui lidah pemimpin dan akhbar-akhbar mereka.

Taktik ini bukan baru bagi kita rakyat Malaysia yang tidak buta sejarah. Taktik ini sudah pun dipraktikkan pada zaman Tunku lagi. Pelik ! pemimpin Umno memandang perkara ini sangat relevan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat, terutama pengundi melayu Permatang Pasir. Mereka ingat cara ini (cara lapok) boleh diperbaharui sedang mereka bermain api perkauman dan keagamaan yang kelak membakar diri mereka sendiri.

Rakyat bukan lagi seperti zaman 70-an dulu yang boleh digelapkan maklumat mereka, rakyat sudah pandai menyaring maklumat dan membuat perbandingan yang sewajarnya.

Inilah sifat dan sikap asobiyyah yang perlu kita jauhi, dan sesiapa yang memakainya juga wajib kita jauhi. Umno bukan lagi pilihan kerana dari dulu Umno memakai pakaian asobiyyah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah SAW.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP