"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Wala' Berjemaah Kecewakan Pemimpin Umno

23 Jun 2009

Hari ini adalah merupakan hari yang paling ceria dan lega, walaupun petang ni Melaka mendung sikit tapi dek kerana berita yang menyatukan kesatuan fikrah dalam berjemaah menyelesaikan riak gelombang yang melanda kepimpinan tertinggi Pas dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Inilah suatu contoh hikmah yang ditunjukkan, sesuatu yang pada mulanya nampak seolah-olah parah tetapi sebenarnya memberi keampuhan kepada Pas. Konsep wala' dalam berjemaah telah ditunjukkan dengan jayanya. Hamba percaya, berita ini disambut perasaan lega dan bersyukur oleh pengokong Pas, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak. Kerana inilah yang dinanti-nantikan oleh kami sebagai penyokong gerakan parti politik Pas sejak isu ini timbul.

Setelah dengan rasminya TGNA mengumumkan penarikan balik perkataannya terhadap Nasha dan mesyuarat sebulat suara memadamkan api Kerajaan Perpaduan, dianggap semuanya sudah selesai.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Kalau berita ini sangat mengembirakan kita, sudah tentu ada pihak yang tidak senang menerimanya. Dahan harapan untuk berpaut sudah tiada lagi. Nampaknya, Umno-BN akan menerima suatu tamparan hebat, mereka akan terus terumbang ambing menentukan strategi untuk terus mendapat sokongan rakyat selepas ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka yang mencadangkan. Dalam usaha membangunkan negara, kita tak boleh putus asa kerana apa yang penting ialah masa depan negara," katanya.

Tu dia, kita tengok bagaimana tingginya harapan pemimpin-pemimpin Umno kepada Pas, mereka tahu sekarang ini hayat mereka dah nak habis. Hamburlah apa kata sekalipun, janji saf kepimpinan kita teguh bersatu. Jangan lupa mungkin akan banyak lagi hamburan yang akan kita dengar dari pemimpin Umno yang lain.

Mereka dalam keadaan tenat, penyakit mereka tak sembuh-sembuh. Umno Terengganu semakin parah, Perlis sudah pun sampai ke penghujung hayat bila sah cawangan PR tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Itu cerita dalaman Umno, belum kita tengok sanyap BN lagi yang sudah nampak tak ada perpaduan antara mereka, isu SAPP, MIC, Gerakan dll. tapi tak usah banyak cerita kisah dalam kain dia orang la yer.....

Inilah hikmahnya, tahniah atas sikap penyokong Pas yang tidak melenting dan masih memberi wala' sepenuhnya dalam isu ini. Akhirnya Allah S.W.T. tunjukkan jua jalan terbaik untuk wadah yang ditempuhi ini.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP