"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Kebimbang sudah Berputik, Racun Sudah Menular

08 Jun 2009

wow! wow! wow! panas... panas...
Apa sudah jadi, macam-macam fitnah, andaian, tuduh menuduh, provokasi, entah apa-apa lagi yang berlaku sempena ngan Muktamar Pas kali ini. Hamba ingat Umno jer yang kalut ribut, rupanya pas pun tumpang sama ngan situasi ini, huru hara dibuatnya.

Apa kejadahnya korang dok hentam tak tentu hala kepada pemimpin walaupun bukanlah mereka tu maksum, seolah-olah ada agenda pulak nak menaikkan seseorang dan menjatuhkan seseorang. Lebih parah lagi bila sebarkan pelbagai keburukkan, yang lakukan ini kebanyakkannya dari orang-orang yang mengaku Pas sendiri.

Kenapa agaknya perkara ini berlaku? mungkin tarbiyah Pas tidak sehebat dulu. Kalau dulu Pas hebat dalam tarbiyah ahli-ahlinya, usrah berjalan dengan teratur disetiap peringkat, tapi sekarang ni kebanyakkan ahli-ahli Pas tidak merasai zaman tersebut.

Kebimbangan sesetengah pihak terhadap peluru musuh yang sentiasa menembak sekarang sudah ada yang mengena agaknya, musuh tidak akan berdiam diri, mereka akan sentiasa memuntahkan peluru ke sasaran kita. Inilah saat dan ketika yang paling baik untuk mereka menyerang kita sedang kita dok kalut dengan urusan sendiri.

Bila akhbar keluarkan kenyataan sesetengah pemimpin kita ada yang melenting kata pemimpin tersebut ada agenda tersembunyi, taukah kita bahawa peranan akhbar memang nak memecah belahkan kita dengan apa cara sekalipun.

Tidak terlepas juga desas desus Task Force 2010 yang konon melibatkan pemimpin kita, buat apa nak besarkan perkara ini, sedangkan berita belum tau benar atau tidak, kan kita di ajar menyelidiki setiap berita yang sampai kepada kita supaya tidak ada pihak yang terinaya.

Pasal Ulama' dan Profesional pun nak jadikan isu besar, hamba tak paham tul.

Umno-BN dah nak hancur, dah nak masuk lubang, mereka akan berusaha untuk menarik Pas untuk hancur bersama, kalau masuk lubang, masuk bersama. Apa-apa hal Umno ni memang tak boleh diharap, tempat bermaharajalela individu yang tamak. Mereka tidak akan senang melihat orang lain meraih kemenangan kerana ini soal survival politik mereka, soal kocek mereka bukan soal rakyat, bukan soal kejujuran pada hati sanubari mereka.

Sepatutnya kita sedar perkara ini, perkara yang amat besar, perkara yang melibatkan soal agama, bangsa, budaya kita yang kita perjuangkan.

Racun yang diadun dalam makanan Pas semakin menular bisanya, kalau perkara ini tidak diubati segera, hamba yakin dan percaya usaha Pas selama ini akan terkebelakang tidak akan meningkat naik malah memenatkan kita dalam gerak-kerja selama ini.

Dari itu, sifat dan sikap bertolak ansur, faham-memahami adalah amat penting.

Pihak luar sudah ketandusan untuk menyerang kita, dari itu mereka akan mencuba sudut menyerang pemimpin melalui pihak mereka dan menggunakan pihak kita ( instrumen dalaman Pas ). Mereka tidak berdaya lagi menyerang dasar dan perlaksanaan Pas yang sudah terbukti berjaya hari ini.

Kalau kita amati dipersada dada akhbar, seolah-olah pemimpin kita tidak mempunyai kesatuan hala-tuju, masing-masing buat kenyataan dan berpendirian sendiri, ini memang kerja mereka nak hilangkan rasa hormat dan kepercayaan ahli Pas kepada pemimpin Pas itu sendiri.

Apa pun, terpulanglah kepada korang nak buat camana, hamba tetap hormati kebebasan perpendapat, ini pun hanya pendapat dangkal hamba. Moga-moga perjuangan Pas tidak tersasar dan sentiasa maju dan terus berjaya dengan dokongan dan sokongan padu kita semua.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP