"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Tarik Tali Politik Perak, Biarkan Adun BN syok sendiri : Sivakumar

02 Mei 2009

Berhempas pulas MB baru Perak Zambry mahukan dirinya diterima rakyat, bermacam-macam dah dia guna termasuk sistem beraja, mahkamah dan sistem perundangan tapi nampaknya cabaran beliau makin sukar. Tambahan pula Mahkamah Tinggi enggan mengisytiharkan bahawa beliaulah MB yang sah menambahkan lagi tekanan yang dihadapi. Masa Najib tawarkan jawatan MB dulu mungkin beliau tak terfikir sesukar ini perjalanan kerajaan Perak yang dia anggap sudah tejui sekarang, kalaulah Zambry tahu ginilah sukarnya hamba rasa dia dah tolak awal-awal lagi tawaran jadi MB, nasib la kau Zambry nak sangat jadi MB segera.

Berita yang kita dengar semenjak dua menjak ni, kerajaan Perak berhempas pulas nak adakan juga persidangan dewan, kalau tak ada persidangan bermakna boleh dikira expired date dan DUN Perak terpaksa dibubarkan, adusss!!!

Moga kemenangan dan bantuan Allah berpihak kepada mereka yang berjuang atas kejujuran dan ketelusan.

Suara Keadilan Friday, 1 May 2009

Anna Yusof


IPOH, 1 Mei (SK) : Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Pakatan Rakyat tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis pada sidang tersebut bermula 7 Mei depan tanda protes mereka terhadap Umno / Barisan Nasional.

“Adun-Adun Pakatan Rakyat biarkan Adun-Adun BN syok sendiri ‘dia yang tanya dia yang jawab’, jelas bahawa Dewan Negeri tidak berfungsi lagi kata Speaker Dewan Undangan negeri Perak V. Sivakumar dalam blog beliau Suara Perak hari ini.

Atas prinsip tidak mengiktiraf kerajaan Umno-BN, maka kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk beliau bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang soalan lisan mahupun bertulis.

Adun Tronoh itu berkata oleh kerana Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya proses ’soal dan jawab’ tidak lagi menjadi relevan.

“Pada persidangan kali ini, kesemua 27 Adun Pakatan Rakyat (tidak termasuk Speaker) bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis. Ini adalah tanda bantahan terhadap kerajaan BN yang tidak sah,” kata Sivakumar dalam blognya.

“Penyelesaiannya ‘BUBARKAN DUN’,” tegas Sivakumar lagi.

Menurut beliau, pada kebiasaannya, setiap Adun akan menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri. Setiap Adun dibenarkan untuk bertanya tiga soalan lisan dan lima soalan bertulis.

Menurut Perintah-perintah Tetap 22 (2), notis berkenaan dengan setiap soalan yang hendak dikemukakan oleh mana-mana Adun hendaklah diberikan secara bertulis tidak kurang daripada 14 hari daripada hari yang mengkehendaki jawapannya.

Soalan-soalan itu harus diserahkannya kepada Pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat.Soalan-soalan yang dihantar itu akan disemak dan ditelitikan oleh Speaker Dewan Negeri.

Tambah Sivakumar lagi soalan-soalan yang tidak relevan dan bercanggah dengan Perintah-perintah Tetap akan diketepikan oleh Speaker.

“Soalan-soalan yang terpilih akan dihantar ke jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi tertentu untuk mendapatkan jawapan.

“Selepas menerima jawapan-jawapan itu, Speaker akan senaraikan urutan soalan-soalan mengikut budibicaranya.

“Kemudian soalan-soalan dan jawapan-jawapan itu akan diberikan kepada ahli-ahli Exco yang berkenaan untuk dibentangkan di Dewan Negeri,” jelas beliau lagi mengenai prosedur yang harus dipatuhi setiap Adun.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP