"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Pukulan TKO Untuk BN Bila Nizar: Adun Pakatan Rakyat tetap hadir sidang Dun Perak 7 Mei

02 Mei 2009

Bila Nizar umum Adun PR akan hadir sidang Dun Perak nampaknya BN terpukul dengan kenyataan ini kerana mereka sangat-sangat mengharapkan semua Adun PR tidak hadir. Nanti senang mereka nak buat keputusan dan hukuman.

Dengan kehadiran ini hamba percaya kali ini PR Perak akan memberi lebih pukulan kepada BN, biarlah pukulan kali ini pukulan TKO, tiada ruang lagi untuk BN bangun hingga loceng penamat permainan ini bergema.

Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi nanti, takkan PR nak masuk dewan macam orang bodoh jer, angguk-angguk geleng-geleng macam juak-juak UMNO-BN bak dicucuk hidung. Apapun 7 Mei bukanlah suatu tempoh yang lama untuk ditunggu tapi perancangan yang akan dibuat membuat kita merasa lama dalam tempoh ini.

Suara Keadilan - Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 1 Mei (SK) : Menteri Besar Perak Mohamad Nizar Jamaluddin akan hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak jika sidang itu berlansung pada 7 Mei ini.
Beliau yang hadir bersama-sama speaker Dun Perak, V. Sivakumar dan Pengerusi Dap Perak Ngeh Koo Ham berkata pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Anggota Dun Pakatan Rakyat semalam.
Mesyuarat itu mengambil keputusan untuk tidak memboikot persidangan Dun Perak yang dijadualkan pada 7 Mei depan.
“Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan bahawa semua wakil rakyat mereka akan menghadiri Sidang Dun Perak pada 7 Mei ini,” kata Nizar memberi pengesahan apabila kepada Suara Keadilan hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun sebelum ini ada kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat akan memboikot sidang Dun tersebut.
“Soal memboikot kini tidak timbul dan kita akan memberi kerjasama sepenuhnya semasa persidangan berkenaan.
“Saya berharap persidangan itu mengikut segala peraturan sebagaimana yang diagendakan dan kita akan mengikut apaapa ketetapan yang akan dibuat oleh Speaker,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli Dun (Adun) Pakatan Rakyat semalam
Beliau juga berharap semua pegawai yang ditugaskan pada sidang Dun itu akan mengikut perintah daripada Speaker dan menegaskan semua Adun Pakatan Rakyat juga akan patuh dan akur apa saja arahan Speaker.
Sementara itu Speaker, V. Sivakumar ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatan beliau mengakui memang ada usul yang telah diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.
Beliau berkata, sebelum persidangan pada 7 Mei ini berlangsung, banyak isu akan dibangkitkan beliau melalui perbincangan dengan pihak polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP