"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Antara Kekalahan dan Kemenangan : Pas Menang Lagi

23 Mei 2009

Hari ini pada zahirnya Pas telah kehilangan 2 perkara penting. Pertama, Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.


Kedua, Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Kalau kita amati betul, dalam perkara ini kemenangan tetap ada. kekalahan zahir bukan menunjukkan kekalahan semuanya. Kadangkala kekalahan itulah punca kemenangan.

Kemenangan pertama ialah sokongan rakyat terhadap DS Nizar yang ditunjukkan bila penyokong sanggup hadir diperkarangan Mahkamah Rayuan walaupun hanya memerhati dari jauh. Umno tidak sedikitpun gentar sebab mereka tahu, berapa ramai pun yang hadir tidak memberi kesan kepada keputusan yang telah dirancang.

Kemenangan kedua dari sudut perundangan, bila hakim memutuskan bahawa :

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Ini bermakna lepas ni jikalau mana-mana MB, Ketua Menteri atau Perdana Menteri yang menerima nasib peruntukkan dibawah terutama Umno-BN jangan salahkan undang-undang sebab mereka yang rancang keputusan jangka pendek demikian. Moga DS Najib dikenakan peruntukan di atas baru dia tahu langit tinggi atau rendah.

Kemenangan ketiga dengan pemergian almarhum Haji Ismail Yaacob, 60, Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai menemui Allah dan membawa janji-janjinya. Pemergian beliau telah pun terbukti jasa dan bakti yang dibawa bersama mengadap Yang Maha Esa. Beliau telah mendapat kemenangan, kemenangan dalam perjuangan hidup beliau untuk Islam.

Tinggallah kita yang masih diuji dengan perjuangan ini, kalau umat terdahulu diuji dengan nyawa dan darah, hari ini kita diuji dengan minda, sedikit harta dan sekelumit masa. Apakah kita gunakan harta kita, masa kita untuk Islam setidak-tidaknya kearah itu, atau kita gunakannya untuk mendapatkan harta semata??!! lebih parah lagi mempergunakannya untuk melemahkan Islam atau mereka yang menegakkan Islam.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP