"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Rencah PM-6 Baru Setahun Jagung

18 April 2009

Tidak sampai sebulan DS Najib menaiki takhta PM nampaknya banyak perubahan yang boleh dianggap luar biasa untuk kita terima berbanding corak yang dibawa sebelumm ini.

Perubahan peringkat awal dengan pengumuman pembebasan akhbar dan tahanan ISA. Ini banyak mendapat reaksi pelbagai pihak, yang pastinya pihak yang terlibat amat gembira dengan perkembangan ini. Belenggu yang ditanggung terlerai sudah. Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya percaturan apakah ini?!! Adakah akan ada sesuatu yang lebih dahsyat?! Atau permainan silang-politik yang memeningkan.

Nampaknya perubahan tampuk peneraju membawa kepada anjakan corak pentadbiran terhadap rakyat dan negara. Hari ini kita dikejutkan dengan kehilangan 3 orang yang kemungkinan ditahan dibawah ISA.

Mereka ialah Abdul Matin Anol Rahmat ditahan di rumahnya di Ulu Tiram, Johor pada 1 April, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam.

Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia ditahan di sebuah restoran tempatnya bekerja di Larkin, Johor pada 5 Mac.

Johar Hassan diura-urakan turut ditahan tetapi tiada maklumat lengkap mengenai penahanannya. –Malaysiakini

Nampaknya perjuangan GMI tidak memberi kesan langsung, tidak diambil endah oleh PM-6, adakah ini suara hati belau, atau ada bisikan yang membolehkan beliau merestui tindakan demikian.

Walaupun ianya diselindung dari pengetahuan rakyat tetapi lambat-bangat perkara ini akan tertedah jua dan PM-6 akan memikul ejekkan dan cemuhan dari ramai pihak dan rakyat jelata yang mahukan ketelusan.

Belum pun sampai setahun jagung PM-6, nampaknya pihak UMNO sendiri mula menunjukkan belang masing-masing. Apa yang terdedah kepada kita hari ini kes Terengganu. Sampai 10 orang tak masuk dewan ketika dewan bersidang dengan alas an diugut. PM-6 kata mereka ada pertemuan media, yang mana satu rakyat Trengganu nak pakai??!!

Mereka sepatutnya menagguhkan sidang media kerana dewan sedang bersidang, membelakangkan apa jua kepentingan diri dan politik ketika kerja-kerja terhadap rakyat sedang berlangsung. Apakah ini suatu pengkhianatan terhadap amanah rakyat yang diberi??!! Berebut kerusi sesame sendiri yang membawa kepada pengabaian tanggungjawab terhadap rakyat Terengganu.

Kalau beginilah caranya! Kalau rakyat Terengganu belum celik sepenuhnya, nampaknya mereka akan ketinggalan dek kerana orang yang mereka pilih untuk mewakili urusan mereka.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP