"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Rehatkan Petugas PAS, Beku Jentera Pilihanraya

29 April 2009

Sebagaimana kita sedia maklum, PAS baru sahaja atau masih dalam mesyuarat peringkat akar umbi bagi menyusun kembali organisasi dalaman PAS. Ini adalah satu tanggungjawab utama dalam pertubuhan parti bagi memperkasa harakiah yang sedia mantap.


Petugas-petugas PAS pun sudah melalui beberapa siri pilihanraya kecil yang cukup menguji minda dan fizikal di tambah lagi dengan komplot Perak yang masih belum selesai. Atau dalam ungkapan lain "Peluh petugas-petugas PAS tak sempat nak kering, lagi bercucuran". Hamba bangga dengan mereka walaupun hamba tidak mungkin macam mereka, hanya mencoret dalam blog seperti ini tidak sebanyak mana pengorbanan untuk parti yang hamba sokong.

Bukan kerana letih dengan karenah parti kompenan PR yang selalu sangat berbuat onar, tapi kompenan lain mesti faham kalau betul PAS mana-mana kawasan membekukan jentera pilihanraya. Petugas-petugas PAS kebanyakkan mereka bekerja sendiri, tidak mempunyai pendapatan tetap atau imbuhan yang setimpal, dan bukan itu pun yang mereka harapkan melainkan kemenagan di pihak PR semata.

Bagi mereka yang berpendapatan tetap atau bekerja kerajaan sudah tentu kerja-kerja dalam parti dan kerja dalam jentera pilihanraya tidak boleh diberi tumpuan sebagaimana mereka yang bekerja sendiri dan bebas.

Sehubungan itu, hamba rasa ianya sangat patut dan tidak keterlaluan, lagi pun sekiranya jentera PAS tidak menyertai dalam PRK kali ini tidak banyak menjejaskan kempen dalam pilihanraya. Sisa gelombang yang masih berbaki masih kuat untuk berpaut. PAS perlu menumpukan kerja-kerja dalaman sebelum menular tumpuan kepada kerja-kerja dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu juga, ianya sedikit sebanyak mengajar kita dalam berkeluarga, kita tidak boleh mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada ahli keluarga yang lain, mungkin keluaga yang lain pun mempunyai urusan yang perlu diselesaikan, umpamanya anak sakit, ayah masuk hospital dan seumpamanya. Sama-sama menjaga keluarga sendiri disamping tolong-menolong dan bantu membantu dalam banyak perkara lain yang munasabah.

Juga perlu berhati-hati, ruang ini terbuka luas untuk pihak musuh menyerang, jangan sampai apa ''yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat". Ianya perlu ungkapan yang sangat berhikmah umpama "menarik rambut dalam tepung,..........."

Sumber Berita Boleh Rujuk Di Bawah :

PAS Permatang Pauh beku jentera p'raya

Harakahdaily : Abdul Rahim Sabri | Apr 29, 09 12:36pm

PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:

"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".

Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini.

Ditanya sama ada keputusan tersebut bermakna PAS kawasan tersebut tidak akan membantu PKR dalam pilihanraya kecil 31 Mei depan, Omar berkata:

"Kita baru lepas mesyuarat agung kawasan, dan pilihanraya (kecil Penanti) lambat lagi... ada 25 hari lagi.

'Tunggu arahan'

"Kita tunggu arahan selanjutnya daripada (kepimpinan) PAS kawasan (Permatang Pauh)'.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Penanti pada 23 Mei manakala pengundian pada 31 Mei depan

penanti by election pkr candidate dr mansor othman nomination 290409 03Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman akan mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN di situ pada 16 April lalu.

Penanti adalah antara tiga DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dua lagi DUN di situ ialah Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.

Tindakan tatatertib

"Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ," katanya.

Sebelum ini, dilaprokan bahawa kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut.

Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: "Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri".

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.

Ditanya sampai bila pembekuan jentera pilihanraya tersebut, Omar berkata: "Sehingga keputusan PAS kawasan seterusnya".

Lagi pula, kata beliau, pihak yakin dengan kemampuan jentera pilihanraya PKR untuk mengekalkan kerusi DUN Penanti.

"PKR mempunyai jentera tersendiri dan yang terkuat dalam Permatang Pauh," kata Omar.

Ditanya mengenai kemungkinan PAS kawasan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS pusat, beliau berkata: "Kita tak fikir lagi (mengenainya) kerana kita mengutamakan kehendak akar umbi".

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP