"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Rakyat Sudah Merestui, DS Najib Dihantui

09 April 2009

Slogan “Memohon Restu Rakyat” yang “diasapkan” oleh BN untuk dijadikan senjata meraih simpati telah pun ditunaikan oleh rakyat. Rakyat Bukit Selambau dan Bukit Gantang pada 7 April 2009. Rakyat merestui PR yang diwakili oleh DS Nizar sebagai wakil mereka di parlimen nanti, bermakna beliau diberi kepercayaan untuk membawa masalah dan menyelesaikan masalah rakyat di peringkat kawasan atau Malaysia umumnya.

Dengan kemenangan ini juga, rakyat merestui BN dikuburkan sahaja dengan karenah kotor yang mereka cipta dan kesannya terpalit dan terpikul di bahu rakyat jelata.

Di atas restu rakyat inilah, beberapa barang harga terkawal dinaikkan hari ini termasuk rokok yang hamba dok sedut untuk temankan hamba update blog, tu yang agak tension tu.

Dengan restu ini juga, DS Najib dihantui dengan pelbagai persoalan dan strategi untuk dilawan. Beliau terpaksa menangkis tanggapan yang sebelum ini yang menyatakan atas kelemahan Tun Abdullah lah BN kalah teruk pada PRU-12 baru-baru ini. Sekarang kepimpinan sudah bertukar tangan, apakah ini kesan “suie” yang dibuat oleh mantan PM ke-5??!!! Wah!!! Serabut.. serabut… makin nipis rambut PM ku ini dihantui “suie”.

Orang-orang UMNO kebanyakkan menyalahkan PM-5 dalam kekalahan teruk dalam PRU-12 baru-baru ini. Ini jelas semasa hamba hadir kursus, seorang pensyarah UKM yang merupakan orang kuat UMNO menyatakan demikian. Tetapi beliau pun tak setuju DS Najib naik PM-6 kerana palitan kotoran yang belum dibersihkan.

PM-6 yang senegeri dengan ku juga serabut untuk membentuk barisan kabinet. Hamba dok baca dalam kepala hotak benak ni….. kalau PM ku tak lantik kroni PM-5 nanti dia orang dok kacau pulak pemerintahan atau mereka keluar parti macam yang berlaku sudah-sudah,yang ada jawatan pun boleh keluar!!!. kalau lantik nanti menyusahkan jer…

Kalau lantik kroni saja, nanti orang kata proksi PM-4 sebab ada anak PM-4, kalau tak masukkan anaknya, PM-4 keluar parti lagi….. ah!! Orang-orang nun seberang pun kene tengok juga, nanti merajuk pula dua negeri seberang!!! Macam-macam boleh berlaku, sebab tu pengumuman akan tertangguh dan tertangguh.

Nampak gayanya restu rakyat sudah pun diberikan untuk PM-6 ni berundur cepat-cepat, atau diundurkan cara terhormat pada PRU-13 nanti.

HIDUP RAKYAT, DAULAT RAKYAT!!!

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP