"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Presiden MIC Kontra Presiden UMNO

19 April 2009

Nampaknya berani betul Presiden MIC ni nak canggah titah Presiden UMNO yang baru berkepak. Kalau begitu DS Najib dipandang tidak berkaliber berbanding presiden-presiden yang lalu. Keputusan DS Najib merugikan BN, tunggu apa lagi MIC, isytihar la keluar BN.

DS Najib yang panic dengan gelombang kesedaran rakyat mengambil keputusan untuk tidak bertanding di DUN Penanti ekoran perletakan exco dan wakil ADUN Penanti oleh Fairus dengan mencipta alasan pembaziran “wang rakyat”.

Manakala Presiden MIC pula berpendapat bahawa :

"Jika kita tidak mahu bertanding, ia bermakna kita takut kepada pembangkang... kita tidak patut takut berdepan dengan mereka," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini.

"Oleh itu, menang atau kalah, kita mesti bertanding untuk memelihara prestij kita," katanya.

Pertembungan politik tanah air kini bukan hanya pihak PR dan BN lagi, akhir-akhir ini kita saksikan pertembungan antara BN sendiri yang sangat berkecamuk. Seperti yang berlaku secara terang-terangan di Pahang, Perlis, dan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Bagi hamba setiap pertembungan antara mereka apa kita nak peduli. Tapi kena peduli walaupun bukan sedara-mara kita atau perjuangan kita. Pertembungan mereka adalah untuk jawatan, jawatan yang mereka pegang akan memberi kesan yang amat besar kepada kita secara langsung dan tak langsung.


0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP