"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Melaka Oh Melaka

23 April 2009

Ni bukan yang terbaru hamba dapat tapi koleksi yang ada dalam mail tahun 2007, jangan lupa tahun ni masih Dato Ali CM Melaka.

Dan hamba selitkan sikit catatan bersama gambar yang dihantar untuk tatapan pembaca prihatin :

Gambar ini dirakamkan oleh seorang sahabat dan dikirimkan kepada saya. Untuk pengetahuan, gambar ini dirakam di sebuah gereja yang berhampiran dengan pekan Merlimau, Jasin Melaka, bersebelahan dengan stesen minyak BHP. Di dalam kawasan gereja tersebut terdapat sebuah tadika dimana bangunannya bercantum dengan gereja tersebut. Satu lagi sumber yang diperolehi dari seorang 'informer', hasil tinjauan beliau, beliau mendapati hampir sepuluh orang kanak2 berbangsa Melayu dan semestinya beragama Islam belajar di tadika tersebut. Di sini saya lampirkan dua keping gambar sebagai bukti bahawa terdapat segelintir ibubapa yang tidak faham Agama Islam menghantar anaknya ke tadika tersebut. Apa yang mengusarkan hati saya ialah sikap ibu bapa yang tidak prihatin boleh mengakibatkan si kanak2 tersebut boleh berpaling akidahnya dari ajaran Islam. Kenapa JAIM tidak memantau perkara ini dan tidakkah maklumat ini diperolehi oleh JAIM ??. Jangan terlalu asyik handak ber'perang' dengan PASTI di Melaka. Laksanakan tanggungjawab dalam membela akidah umat Islam yang kian terhakis dalam jiwa mereka.!!!

Siapa kata UMNO bela bangsa kalau gini jadinya, usah kata maruah, harta benda, bahkan akidah pun tergadai kiranya kita berjuang atas dasar kebangsaan. Kalau kita rela keturunan kita tergadai akidah, nah!! silakan terus mengokong orang yang memperjuangan kebangsaan.

Atau melayu ni nak sangat anak dia pandai bahasa inggeris, kat sekolah biasa tak diajar dengan baik, so dia pun pergi hantar kat gereja untuk anak dia belajar, tau ker dia apa misi dan visi gereja ni?!! apa punya buta melayu camni.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP