"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Pahang di Ambang Muflis

20 April 2009

Nasib baik Pahang ni dikategorikan negeri UMNO tegar,bukan negeri PR, kalau tak mampos TV3, TV1, TV2 dan akhbar-akhbar lidah UMNO-BN besar-besarkan cerita ini, jenuh telinga kita dipekikkan dengan kekurangan dan kepincangan yang banyak ditokok tambah.

Pahang sebenarnya berada ditahap yang meruncing sekarang, kewangannya dah dikira muflis, banyak saman syarikat yang belum dibayar, kes mahkamah berkenaan duit bertimbun-timbun. Mana nak cari duit tu Denan, kalau ko nak USD50 yang ko bagi aku dulu nanti aku ikhtiarkan bagi kat ko, tapi tak cukup lagi la Denan, elok saja ko letak jer jawatan, tu jalan yang terbaik wahai Denan.

Negeri tanah tumpah darahku ini amat malang sekali berada bawah pemimpin yang banyak mengutamakan kepentingan kroni dan diri sendiri sejak dulu lagi. Pahang yang kaya dengan pelbagai hasil seperti bijih timah, emas, balak banyak lagi la kalau nak senarai kat sini, tapi camana boleh muflis.

Budak-budak yang belajar kat kolej pun dengar citer tak dapat bantuan yang patut diberi, bayaran pulak tertangguh beberapa bulan, apa citer ni, mana duit tu pegi. Masa hamba belajar dulu pun sama, semua negeri lain senang jer bila pohon wang zakat, bila anak-anak Pahang minta zakat Pahang mapos tak dapat, hamba tunggu 5 tahun tak dapat-dapat, last skali hamba mintak zakat Kelantan baru dapat. Biar Denan tahu, anak Pahang dah mengemis kat negeri orang.

Kalau nak kira kemajuan, pembangunan dll, hamba rasa pahang adalah negeri yang jauh tertinggal, bukan nak lihat kat Pekan atau kuantan jer, cuba korang lalu jalan jerantut, lipis dan daerah-daerah yang jauh sikit ngan Pekan, kalau naik kereta "cover rim" pun boleh tertanggal (pengalaman balik raya la ni hehehe) jalan sempit, banyak lubang, tiada penyelenggaraan jalan yang teratur, tidak pernah dinaik taraf.

Wahai rakyat Pahang sekalian!! hamba tau la orang Pahang ni kurang maklumat, sebab negeri pun tak membangun, kampung-kampung banyak lagi yang ketinggalan dengan kemudahan yang sepatutnya. Marilah kita sama-sama celik, kita lihat kembali sejarah kita, sejarah perjuangan orang-orang terdahulu seperti Mat Kilau, Tok Bahaman dll yang gigih melawan penjajah yang mengganggu-gugat hak rakyat, UMNO-BN yang memerintah negeri Pahang sejak pilihanraya pertama hingga sekarang, dah 2 PM dari Pahang, tapi apa yang ada pada rakyat Pahang, pembangunan!! kemajuan!! hamba rasa ia retorik semata-mata, melainkan pemimpin-pemimpin yang kaya raya, apa tidaknya wang zakat pun lesap kat Pahanag, korang buat apa ngan duit tu....

Malaysia Apr 20, 09 4:21pm
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

bukit komon gold mine 020306 adnan pcKetika membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd., Abd Halim berkata, tindakan itu dibenarkan selepas segala saluran perundangan untuk menuntut bayaran itu telah selesai.

Syarikat berkenaan memperoleh perintah bayaran penghakiman dari Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 dan kerajaan negeri gagal membuat bayaran tersebut, lapor Bernama.

"Pendirian sebegini mencerminkan keengganan kerajaan negeri mematuhi kehendak statutori dan secara tidak munasabah membebankan rakyat (pembayar cukai) kerana ia akan membebankan kerajaan negeri dari segi faedah harian," katanya.

Abd Halim berkata permohonan responden untuk mengenepikan tindakan 'mandamus' itu dengan hujah bertulis bahawa syarikat terbabit salah menamakan menteri besar sebagai responden adalah tidak tepat.

"Menteri besar adalah orang yang tepat serta berkelayakan untuk dinamakan sebagai responden kerana di Pahang dan mana-mana negeri sekalipun kecuali Sabah dan Sarawak, tiada wujud jawatan menteri kewangan negeri," katanya.

Beliau berkata, mengikut Artikel 41 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang turut menyatakan menteri besar mempunyai kuasa serta berkompeten untuk menyempurnakan jumlah bayaran dari Tabung Kumpulan Wang Yang Disatukan Negeri.

Fail semakan kehakiman

Seruan Gemilang diwakili peguam Rajoo D Moothy dan Richard Bong Chong Fook manakala Adnan diwakili oleh Datuk Shafie Abdullah.

Pada 15 Oktober 2008, syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan 'mandamus' setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.

Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian

kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.

Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara'Ai

(Zara'Ai) Alias berkata pihaknya akan memfailkan permohonan menangguhkan keputusan esok.

Malah beliau berkata, pihaknya sebelum ini juga telah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 17 September tahun lalu.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP