"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Kabinet Baru : Antara Gembira dan Kecewa

10 April 2009

Selamat bertugas kepada mereka yang terpilih untuk menganggotai cabinet baru DS Najid. Moga perkhidmatan kalian memberi lebih banyak manfaat untuk rakyat jelata dan melata bukan hanya tertumpu pada rakyat berharta saja.

Sejak mula riak penyusunan cabinet baru banyak kita dengar spekulasi dan teori. Ada yang telah menjadi kenyataan dan ada yang jadi angan-angan.

Setiap harapan yang menjadi kenyataan, amat menggembirakan. Tetapi bila harapan tidak menjadi kenyataan timbullah kekecewaan.

Tika ini, pak menteri gembira kerana dipilih untuk berkuasa. Orang-orang berniaga mega gembira kerana peluang terhidang sedia, pemuka-pemuka gembira ruang terbuka, kroni gembira kerana orang mereka, penyokong gembira kerana dikira berjaya, pendokong gembira kerana ada can la kita…… tetapi ada di antara mereka yang kecewa dalam gembira, walau tawa pahit tapi kata-kata tetap kena jaga, nanti apa yang ada terlepas jua, lebih parah bila dianggap derhaka.

Dr. M antara mereka yang gembira, mungkin kerana anaknya mendapat kuasa, boleh menyambung agenda-agenda yang tersisa, nanti bolehlah dia tumpang sama, walau hanya berlirik berlagu biar mereka berirama, kalau tidak mana mungkin dia amat gembira :

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tentunya gembira apabila anaknya, Datuk Mukhriz dilantik menganggotai Kabinet baru sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Tentulah gembira, gembira teramat sangat," katanya.

Beliau juga berharap Mukhriz menumpukan perhatian terhadap kementeriannya khususnya mengatasi salah guna pemberian Permit Import (AP) kenderaan. – Berita Harian

Memang ramai yang gembira, kalau nak cakap panjang berjela-jela, takkan tak tahu wahai saudara-saudara, jangan agak-agak dan teka-teka, dalam jalur lebar terlalu banyak maklumat tersedia.

Ada lagi yang gembira, tahap gembira berada dikemuncaknya, sudah jadi PM kabinet pun ada, masa ni la untuk bermaharajalela, hamba percaya untuk yang baik-baik belaka.

Pakatan Rakyat dikira penghalang utama, dalam pemerintahan yang baru bermula, kalau tak sekat PRU-13 pasti kecewa, apa cara nak juga cipta formula.

Kata “RAKYAT” sudah bergema, menusuk sanubari perkataan berguna, Pakatan Rakyat sudah ditempa, blogger rakyat pun sudah dicipta, dengan “RAKYAT” mesti diadun formula, kabinet baru sayugia di beri nama :

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan barisan jemaah menteri yang diumumkan hari ini sebagai kabinet rakyat. -Berita Harian

Ada yang gembira ada kecewa, beza pada kata libat perasaan jua. Bukan sedikit mereka yang berduka, kata gembira tapi berjiwa lara, bukan mahu kuasa tapi ingin berjasa, apakan daya pekung didada sudah terbuka, bagaimana mereka lain yang terlibat sama, itu pemainan semata-mata, sama-sama kita lihat bagaimana kesudahan nista.

"Sebagai Ketua Pemuda Umno, saya sedia membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib), sama ada dalam atau luar kerajaan dan saya rasa jawatan itu tidak penting," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara di Melaka. - Berita Harian

Dupa dipuja rupanya pelita, mereka kaya kita hamba rakyat jua terus menderita, yang kecewa tetap terus berharta, yang berkuasa bertambah bermaharajalela, usai cerita rakyat menanggung hampa, dek kerana percaturan berpalit dusta.

Wahai sekalian rakyat usah terlena, walau sedikit bicara tingkatkan kerja, lipat gandakan usaha, antara kita mungkin ada yang disula, minta-minta itu bukannya hamba, PRU-13 kita sama ajar mereka tentang kuasa, tentang dusta, tentang gembira, tentang kecewa, tentang harta, tentang fananya kehidupan yang sementara.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP