"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Ikhlaskah NS Najib?!

03 April 2009

Sebagai pembuka seorang rakyat dan berwarganegara Malaysia tanahairku tercinta. Hamba mengucapkan selamat menduduki "raja kerusi" bukan "kerusi raja" pada hari ini Jumaat,3 April 2009. Moga ianya memberi banyak manfaat kepada rakyat terbanyak di negara ini.

Serentak dengan itu juga, beliau membuat kejutan sebelum DS Anwar membuat kejutan. Dengan penarikkan kembali pergantungan dua akhbar utama yang berpengaruh, Harakah dan Suara Keadilan.

Dalam majlis yang sama, beliau mengumumkan pembebasan 13 orang tahanan ISA yang disaksikan ucapannya oleh rakyat Malaysia melalui TV sebentar tadi.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Alhamdulillah! syukur... ini semua berlaku. Umpama yang buta melihat kembali, yang pekak mendengar kembali, yang tempang pulih kembali. Pada masa tu hamba tengok TV kat kedai, hanya dapat takbir dalam hati jer la...

Tapi apakah ini semua ada dilakukan atas dasar "anak jantan" dan kemanusiaan??!! atau hanya untuk meraih keuntungan politik semata, atau menjadikannya caturan dalam politik?!

Politik kepartian di Malaysia sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang mengejutkan. Bermula dari PRU-12 yang menyaksikan BN-UMNO yang mendapat sokongan yang merosot daripada rakyat berbilang bangsa hinggalah kepada Rampasan Kerajaan Perak dan yang terbaru pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan balik Harakah dan Suara Keadilan dari digantung 3 bulan.

Kejutan demi kejutan akan berlaku selepas ini, DS Anwar pun sudah umumkan akan buat kejutan. Mungkin dengan pembebasan ini juga akan menjadi sumber kejutan yang akan dibuat senjata oleh DS Najib. Tak mustahil dengan apa yang berlaku sebelum ini seperti di Perak sandiwara yang bermula dengan lompat parti dari BN ke PKR.

Apakah DS najjib mahu menagih simpati dengan rakyat ketika ini yang sudah muak dengan sandiwara UMNO-BN lebih-lebih lagi ketika beliau mengandang jawatan PM atau pembebsan ini akan menjadi agenda peting untuk mencetuskan kejutan yang lebih besar sebaliknya.

Adakah mereka yang dibebaskan ini akan merasa terhutang budi dengan DS Najib??!! kalau mereka tidak merasa begitu sudah pasti PRK kali ini lebih hangat dengan isu-isu yang akan di bawa oleh bekas tahanan ISA ini. Adakah DS Najib sedar perkara ini, kalau dah sedar, kenapa berlaku pembebasan??!!! sebab itu hamba kata ada ada agenda lebih penting.

Bermakna pihak PR sudah dikembalikan dua aset penting. Pertama "Suara Parti" iaitu akhbar, kedua 13 orang yang mungkin berada dipentas PR dengan pelbagai cerita yang sensasi bakal mereka persembahkan.

Harap PR lebih berhati-hati dalam percaturan yang melibatkan banyak penjuru untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat, mereka akan menggunakan pelbagai sumber dan semua kekuatan asalkan cita-cita mereka tercapai walaupun menggadaikan perundangan, prinsip, kemanusiaan dan agama yang mereka anuti.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP