"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

DS Najib Bukan Pejuang Islam dan Melayu

26 April 2009

Semenjak menaiki tahkta tertinggi dalam sistem pentadbiran Malaysia DS Najib tidak menampakkan memperjuangkan Islam dan Melayu, tidak seperti ayahandanya yang banyak mewujudkan peluang-peluang untuk golongan bawahan. Najib nampaknya banyak menagih simpati dan mengadakan peluang-peluang untuk golongan atasan sahaja.

Cuba kita lihat, beberapa barangan yang naik secara senyap-senyap seperti gula, manakala harga getah, kelapa sawit masih ditahap tenat yang banyak melibatkan kehidupan golongan kampung dan memerlukan. Bantauan yang dijenamakan sebagai insentif banyak dicurahkan kepada golongan-golongan yang dah kaya, mana jasa Najib ni….???!!

Najib bukan orang yang tepat untuk memperjuangan Melayu apabila menghapuskan kuota 30 ekuiti tempatan (bumiputra) dalam 27 subsektor perkhidmatan. Ini banyak merugikan kaum bumiputra yang baru mula bertapak dan berkembang.

Dalam situasi ini kenapa orang-orang UMNO khususnya yang dikatakan memperjuangan Melayu diam sahaja, mana golongan-golongan mahasiswa yang telah diprogramkan untuk tunjuk perasan. Kalau di Perak DS Nizar memberi hak pada sesuatu kaum ramai juak-juak UMNO terpekik terlolong mengatakan DS Nizar hamba DAP, ikut telunjuk DAP. Tapi sekarang kenapa UMNO diam saja, tak katakana Najib barua MCA, ikut telunjuk MCA. Hamba nak tanya puak-puak UMNO, Apakah penghapusan 30 peratus ini menguntungkan orang Melayu??!! Kalau tidak kenapa mahasiswa-mahasiswa yang jadi badut tempoh hari tidak berdemontrasi?! Kalau dulu MB Selangor baru memberi pendapat yang langsung tiada kuasa, tapi kali ni dah pun diisytiharkan untuk dilaksanakan.

Najib! Dengan penghapusan ini belum tentu golongan cina nak terima u la… orang-orang cina masih ingat lagi dengan apa yang berlaku dulu semasa pemerintahan ayahanda u ( peristiwa berdarah terancang ), walaupun u buat-buat lupa.

Kita nak harapkan Najib memperjuangan Islam??!! Nampaknya tinggal harapan, tengok la apa yang jadi sekarang, antara keputusan yang berlaku di awal-awal pemerintahan Najib dah tergadai hak-hak Islam dengan mengekalkan agama anak-anak yang ibu atau bapa memeluk Islam, walaupun ramai ahli-ahli akademik, NGO Islam dan orang ramai membantah dengan keputusan awal cabinet ini. Ini pun dasar Najib ingin menawan kembali pengundi-pengundi bukan Islam yang semakin merosot hingga membelakang agama yang beliau percaya dan anuti tapi hamba sangsi adakah beliau yakin dengan Islam??!!

Sama-sama kita tunggu dan lihat banyak lagi keputusan-keputusan kabinet yang akan merugikan banyak orang melayu dan Islam demi meraih sokongan parti dengan cara murahan dan pencabulan terhadap agama Islam.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP