"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Dato Wira Ali Rustam : Thailand

22 April 2009

Panas memang panas, kecoh satu Malaysia pasal usul undi tak percaya dari DAP melaka terhadap Ketua Menteri Melaka minggu ni, sehingga Goh Leong San (DAP-Kesidang) diperintah keluar dewan atas alasan ingkar speaker dan menghina Dato Ali.

Hari ni hamba dapat info dari rakan-rakan yang memang piau UMNO dulu dan kini mengatakan kerusi Ketua Menteri panas sekarang ni, nampaknya DS Najib akan masuk campur dalam menentukan kedudukan Dato Ali sekarang. tambah pula Dato Ali antara orang-orang terakhir yang masih tersisa untuk disingkirkan dalam pentadbiran pusat DS Najib.

Sekarang ini UMNO-BN Melaka meletakkan semua punca dan kesalahan kepada DAP-Pembakang Melaka atas kekecohan yang berlaku, mereka ingin menutup pekung di dada. Sebenarnya gelojak gelora yang berputik sekarang ini bukan berpunca dari pihak luar UMNO-BN, buktinya selama ini pun Dato Ali masih selesa di atas kerusi Ketua Menteri Melaka. Bila sah disabitkan kesalahan oleh Lembaga Disiplin UMNO beliau mengamalkan rasuah dan dikenakan hukuman, masa tu kita lihat orang-orang UMNO sudah mula berani bersuara yang selama ini memang mereka simpan perasan ini sejak pemilihan calon untuk PRU12 tempoh hari. Dato Ali hanya memilih kroni-kroni dan mereka yang kaki angguk "yes bos" terpaksalah DR Rudin dan yang lain-lain yang disenangi rakyat beralah.

Sekarang ni Dewan Undangan Negeri Melaka sedang bersidang di Seri Negeri, kalau nak lalu jalan tu pastikan kenderaan anda lengkap dan anda pun mesti lengkap, road-block sampai tiga, empat tempat, nak pergi kerja pun susah, rungut pengguna jalanraya.

Bukan takat tu je, (soseh-soseh) Seri Negeri bersiap siaga dengan helikopter Nuri lagi, radio car usah cerita la, tambah pulak ngan polis yang beruniform dan tak beruniform berselerak kat kawasan Seri Negeri. Apa cerita ni??!! Dato Ali ingat Melaka ni Thailand ker? ingat rakyat Melaka nak merusuh masa mesyuarat sedang bersidang ker??!! atau Dato dah tak percaya lagi ngan rakyat sendiri! atau Dato sedang dihambat dengan perasaan besalah sendiri! dihantui perbuatan rasuah yang merugikan rakyat Melaka. Kalau tidak, masakan mesyuarat DUN kali ini umpama berada di Thailand?!!!

Ni lagi menarik, (soseh-soseh) nampaknya DS Najib pun sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka sekarang, mungkin tak berapa lama lagi akan ada satu pengumuman baru berkenaan DUN Melaka terutama jawatan KM, parah la Dato Ali kali ni, agenda banyak lagi belum selesai, komisyen dia orang dah bayar ker??!!! kalau belum ambil cepat-cepat sebelum hilang kuasa, kalau dah hilang takder sapa nak peduli dah.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP