"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Blogger Pengotor diRasuk Syaitan

28 April 2009

Berbaloikah seorang blogger yang mungkin seorang yang menganut Islam tetapi berfahaman aliran parti UMNO mengeluarkan perkataan "syaitan" kepada orang lain yang juga beragama Islam hanya kerana mendapat beberapa sen upah, atau untuk memuaskan nafsu.

Hanya kerana tajuk yang dikeluarkan oleh lidah rasmi PAS, Harakah berbunyi "UMNO Terengganu, Kelantan Ketandusan Pemimpin Wibawa" blogger ni seolah-olah dirasuk dengan tajuk ini hingga sanggup mengatakan Harakah sebagai lidah rasmi syaitan dan me"lembu"kan orang lain.

Kalau kita amati isi kandungan Harakah sendiri pernahkah kita lihat perkara-perkara yang berunsur "syaitoniah" seperti terpapar wanita separuh bogel, eksplotasi wanita dalam iklan atau sebagainya yang boleh dituduh membawa unsur-unsur syaitoniah?! Apakah akhbar lidah rasmi UMNO-BN adalah akhbar "malaikat"?!! yang memberi manfaat 100% kepada pembaca tiada yang lagha dan lalai langsung, nampaknya saudara blogger kita yang menggunakan nama blog faisalrohban ni yang dirasuk syaitan serta celaru pemikirannya hingga kabur mata hatinya antara yang baik dan yang tidak baik.

Beliau mencatatkan sebagaimana berikut :

"Setelah membaca artikel ini di Harakah kah kah kah Daily (lidah rasmi setan), saya ketawa berguling-guling hingga terkeluar muntah hijau.

Pesanan saya kepada pemimpin PAS dan PKR, lihat bontot anda sendiri dulu samada basuh berak bersih atau tak bersih, sebelum anda pergi buka seluar orang lain untuk tengok ada tahi atau tak ada. Jangan sibuk dengan bontot orang lain kalau bontot sendiri penuh dengan tahi."

Hendak berparti dan berhujjah, berparti dan berhujjahlah. Sampai tergadai nilai saudara adakah ianya berbaloi?!!

Lepas ni mungkin kalau dia terbaca catatan ini dia ketawa sampai terkeluar muntah kuning pulak sebab muntah hijau dah habis.

Wahai bloggers Pakatan Rakyat!!! hamba berpesan kepada diri hamba sendiri dan sahabat-sahabat semua kita berhujjah dengan cara yang baik, kita mengungkap istilah biar kena pada tempatnya, setiap unkapan yang sembrono akan merugikan diri dan perkara kita sayang. Bagi mereka yang dirasuk patut diulang tegur, sejauh mana kita bercatatan tidak sekali-kali kita terlepas dari 2 perkara utama, yakni dosa dan pahala. Semoga dengan ketepatan hujjah dan ungkapan yang digunakan memberi manfaat berpanjangan bukan hanya memuaskan nafsu kita untuk seketika sahaja.

PAS yang disokong dan didokong adalah sebagai alat untuk merealisasi dakwah pada abad ini, dakwah dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran serta dalam kehidupan, moga setiap kita tidak tersasar daripada tujuan asal dan terus mengorak langkah menegur, melawan dan berhujjah dengan penuh kesedaran dan hikmah.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP