"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Alasan DS Najib Mengelirukan

19 April 2009

Kekosongan N 15 Penanti mengimbau mimpi ngeri untuk UMNO-BN dalam siri pilihanraya kecil. Mereka bukan setakat menerima kekalahan tetapi terpaksa terima aura yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat atas kesedaran rakyat Malaysia berbilang bangsa.

Pandai betul PM6 ni berjimat cermat, beruntung gamaknya Malaysia. Tapi betul ker alas an tu?? Sila lihat sejarah PM6 di sini


Apakah komisyen kapal selam yang melibatkan sehingga RM520 juta bukan satu pembaziran terhadap wang rakyat?! Itu komisyen beb bukan subsidi. Hamba nak tambah RAM 1G pun terpaksa tunggu berbulan-bulan kumpul duit baru harga RM44 jer… tadi dapat la la beli, maksih mesia laptop dah jadi 2g RAM. Tu belum cerita nak beli modem broadband lagi, ingat hamba kena tunggu 3 tahun lagi la.


Kes DS Najib dalam pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Dato Seri Adib Adam sebagai broker pembelian jet pejuang Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta. Ni pun bukan pembaziran ker?! Fuh! Kalau hamba dapat boleh gak tambah bini sorang lagi hehhe.


Satu lagi, hamba ingat UMNO dah kering kantongnya, beberapa siri pihanraya kecil banyak mereka mengeluarkan duit, kalah pulak tu, memang tak berbaloi. Pastu baru jer lepas Perhimpunan Agung yang memang banyak pakai duit untuk melobi barangkali, ni pulak nak pilihanraya…. Hutang kroni-kroni yang keluarkan banner, poster, dan segala macam persiapan belum lagi lunas ni dah nak tambah hutang lagi. Memang cukup memningkan kepala DS Najib.


Kalau UMNO letak atau tidak letak calon bertanding pun, pilihanraya tetap akan berjalan seperti yang dijadualkan. Jadi kalau tak letak apa bezanya?!! Bermakna “wang rakyat” yang dimaksudkan tu ialah wang UMNO. Bukan sahabat tak tahu, WANG RAKYAT adalah WANG UMNO, WANG UMNO depa UMNO yang punya, kita rakyat berputih mata melopong jer.


Hamba ingat DS Najib terkejut, atau nak buat kejutan yang dibuat sebelum-sebelum ni, strategi ker apa ker. Apa pun alasan DS Najib cukup tak rasional dan mengelirukan.





0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP