"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Keyakinan Sultan Selangor kepada Kerajaan PR

12 Mac 2009

Apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan semua exco Selangor mengisytiharkan semua aset yang dimiliki semenjak mereka mengangkat sumpah, terbukti bahawa Sultan Selangor mempunyai keyakinan terhadap kerajaan PR yang menerajui negeri Selangor.

Dan ini adalah bertepatan dengan slogan yang dipacak oleh kerajaan PR yang berkonsepkan ketelusan dalam pentadbiran demi untuk kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini mungkin Sultan Selangor sudah lama ingin menyatakan hasratnya, tetapi apakan daya kerajaan yang menerajui Selangor sebelum ini mungkin tidak mampu untuk untuk melaksanakannya kerana sebab-sebab yang sedia kita maklumi yang tidak perlu untuk disebutkan di sini.

Di atas kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan yang ada sekarang dan jumlah aset yang sangat banyak di Selangor, maka sultannya ingin membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang adalah merupakan kerajaan terpilih dalam mengurus hal ehwal dan harta rakyat Selangor sebaik mungkin.

Impaknya sangat besar, dari kacamata rakyat terbanyak mereka akan memandang ketelusan kerajaan yang menerajui sekarang telus dan bersih tanpa bergelumang dengan pelbagai penyakit yang mengikis harta rakyat sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Segala kekayaan yang dimiliki akan kembali kepada rakyat jua.

Dengan itu, kerajaan Selangor mengumumkan aset para Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor secara terbuka menerusi laman web kerajaan negeri di alamat www.selangor.gov.my.

Menurut MB Selangor :

"Aset-aset yang akan diisytiharkan meliputi hartanah, saham dan wang yang dikumpul sejak dari tarikh mereka mengangkat sumpah sebagai Exco pada 24 Mac 2008 sehingga sekarang.

"Maklumat mengenai transaksi termasuk sebarang pemilikan atau pelupusan aset sepanjang jangka waktu itu akan turut disertakan," katanya kepada pemberita hari ini.

”Niat yang baik dikira pahala seperti melakukannya”

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP