"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Harapan DS Najib Hampir Kabur

26 Mac 2009

Perhimpunan Agung UMNO banyak menyaksikan teka teki dan silap mata yang terang-terang langsung tak menjadi, kerana pemain silap mata mungkin gugup atau kurang pakar.

Selepas pengumuman Ketua Pergerakkan Wanita dan Ketua Pemuda, Sebentar tadi di umumkan kemenangan Naib Presiden UMNO. Sementara pagi tadi diumumkan Pengerusinya.

Khairy Jamaluddin ditabal sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru dalam persaingan sengit tiga penjuru pada perhimpunan agung UMNO 2009 dengan kemenangan 304 undi.

Syahrizat Abdul Jalil diumumkan sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru selepas menewaskan bosnya, Rafidah Aziz dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding Rafidah yang meraih 208 undi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula masih panas-panas diumumkan sebagai Timbalan Presiden.

Serta tidak ketinggalan DS Najib diumumkan sebagai Presiden menang tanpa pencabar.

Semua petunjuk di atas menguatkan lagi desas desus dan teori-teori yang mengatakan DS Abdullah belum lagi ingin menyerahkan takhta PM kepada DS Najib.

Kalaupun DS Abdullah masih duduk di kerusi PM, keadaannya masih selesa, kerana orang-orang di sekelilingnya nyata lagi bersuluh terdiri dari kronismenya.

Apa hal ngan TS Muhyiddin?!! Itu perkara enteng…. Dalam UMNO semua boleh dengan slogan UMNO boleh, jap lagi TS Muhyiddin kena 1,2,3 lekuk diam la dia. Tak sempat dia nak pergi Singapura mengadu nasib di sana.

Kalau betul atau kebetulan teori ini, hamba cukup gembira. Kerana pandangan hamba sama ngan Presiden PAS tetapi alasan berbeza.

Alasan hamba, walaupun DS Abdullah ni serabut ngan Islam Hadharinya, beliau tetap mewujudkan banyak perjawatan untuk aliran Islamik seperti j-Qaf dalam Kemeterian Pendidikan, Unit BAKA dalam Kementerian Dalam Negeri, dan lain-lainnya. Berbandingan ngan zaman PM sebelumnya, usah nak raikan malah dimampuskan terus terutama SAR.

Camana ngan Khairi kalau DS Abdullah terus jadi PM? yang ni sahabat sedia maklum la, dalam amalan UMNO sifirnya begini barangkali UMNO+jawatan = duit, projek, kronisme, rasuah… dll. (banyak sangat nak sebut lepas tanda = ). Khairi akan semakin gemuk la, projek HALAL yang disentap dari JAKIM akan berkembang, mungkin projek alatan nuklear berjalan lancer la kot!!!

Kesimpulannya, kalau nak selamat bukan takat tolak DS Najib, DS Abdullah bahkan UMNO sendiri perlu ditolak.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP