"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Datuk Shahrir Abdul Samad dan Kementeriannya

28 Mac 2009

Hasrat Datuk Shahrir Abdul Samad untuk meninggalkan kementeriannya selepas tewas dalam pemilihan UMNO Mac 2009 banyak reaksi yang kita dengar. Mungkin beliau merajuk dan kecewa dengan kekalahan yang diterima.

“KUALA LUMPUR - Datuk Shahrir Abdul Samad(foto) menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet ekoran kegagalan dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT) semalam. Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata, keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menggambarkan sokongan terhadap kedudukan beliau dalam anggota Kabinet. Shahrir dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mac 2008”

Reaksi hamba, memang patut Datuk Shahrir Abdul Samad meninggalkan kementeriannya dengan beberapa sebab yang mungkin sedikit tetapi besar kesannya terhadap kehidupan rakyat Malaysia.

Sepanjang beliau menduduki kerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak setahun lalu hamba berpendapat beliau gagal dalam pentadbirannya kerana barang pengguna naik melambung dan tak turun-turun seperti beras, minyak dan lain-lain yang membebankan rakyat terbanyak.

Ekoran kenaikan harga pasaran yang mendadak, negara kita mengalamai inflasi yang sangat teruk. Golongan yang berpendapan kecil dan sederhana cukup terbeban dengan situasi ini.



Dalam pada itu juga, beliau persis ungkapan berikut :
“Ssenohong gelama ikan duri
Bercakap bohong bila jadi menteri”


Cuba perhatikan petikan akhbar di bawah:

“KUALA LUMPUR 3 Jun – Kerajaan berharap dapat menghapuskan kawalan harga petrol dan diesel pada masa depan bagi membolehkan bahan bakar itu dijual di stesen-stesen minyak di negara ini mengikut harga pasaran.
Bagaimanapun, dalam melaksanakannya, kerajaan akan tetap memastikan para pengguna terus menerima subsidi tetapi bukan menggunakan mekanisme yang diamalkan sekarang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menegaskan, di bawah mekanisme baru subsidi itu akan berlaku kenaikan harga minyak di negara ini selaras dengan harga di pasaran dunia sekarang.”

Berapah sudsidi yang kita terima buat masa ini pada harga petrol RM1.90/liter???!! Sedangkan harga petrol dunia mececah serendah USD30 setong.

“KUALA LUMPUR 2 Jun — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.
“Ia akan berlaku… harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” katanya.
Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.”


Tidak sampai sebulan belaiu bercakap harga minyak sudah naik, boleh percaya ke cakap menteri ini???!!!


“KUALA LUMPUR 3 Jun – Kerajaan berharap dapat menghapuskan kawalan harga petrol dan diesel pada masa depan bagi membolehkan bahan bakar itu dijual di stesen-stesen minyak di negara ini mengikut harga pasaran.”

Apakah kita sudah menikmati harga minyak selaras dengan harga pasaran minyak dunia semasa hari ini???!!!

"Hari ini harga minyak sudah turun di bawah 50USD satu tong. Kalau kita bandingkan harga purata pertengahan bulan ini, ia berada pada paras 63-64USD satu tong, bermakna sudahpun berlaku penurunan sebanyak 13-14 USD bagi satu tong dalam masa seminggu. Penurunan yang begitu signifikan memerlukan satu mekanisme jelas di mana kerajaan boleh menentukan agar adanya perubahan harga di peringkat runcit secara teratur dan terurus," katanya. –Malaysia Today

Sampai hari ini, apakah kerajaan sudah menentukan perubahan penurunan harga di peringkat runcit secara teratur dan terurus??!!

Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP