"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Alu-Aluan Kepada “blogtokguru” dan Saranan Untuk Bloggers

27 Mac 2009

Hamba rasa semua rakan bloggers yang cintakan pemurnian maklumat lebih-lebih politik yang berbentuk kepartian merasa bangga dan berbesar hati dengan kelahiran “blogtokguru” yang telah dilancarkan.

Rasa bangga ini benar-benar memberi semangat, dorongan, suntikan baru kepada hamba untuk terus memberi komitmen terhadap blog, sama ada mencoret atau sebagai penatap coretan sahabat-sahabat.

Sahabat-sahabat boleh capai blog tersebut melaui http://www.blogtokguru.com yang dimiliki sendiri oleh YB Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Walaupun tidak terdapat hit capaian pengguna, hamba yakin sejak dilancarkan dalam tempoh sehari sudah mencapai puluhan ribu pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut terutama kata-kata pembuka blog tersebut.

Sama ada sedar atau pun tidak, ianya menjadi suatu tamparan hebat kepada pihak lawan politiknya. Lebih-lebih lagi blog ini lahir setelah lidah rasmi PAS Harakah dan Akhbar rasmi PKR Suara Keadilan telah dihukum tanpa pertimbangan yang wajar daripada pihak berwajib.

Yakinlah kita bahawa, bentuk dakwah sangat luas dan kompleks dewasa ini, asalkan ianya tidak melampau dari batas-batas yang digariskan oleh syariat Islam. Dari itu, hamba memperingati diri hamba dan rakan-rakan blogger agar memanfaatkan medium ini sebaik mungkin dengan penuh etika. Walaupun kadangkala kita beremosi dalam menyuarakan isi hati, harap bahasa yang digunakan, perkataan yang diungkapkan janganlah keterlaluan. Biarlah kita bersederhana dalam semua perkara “Sebaik-baik perkara ialah bersederhana” – maksud Hadith.

Perlu diingat!!! Medium blog yang bebas kita rasakan sekarang ini tidak kekal sebegini selamanya. Kemungkinan besar, pihak KTAK akan menggubal undang-undang dengan meletakkan pelbagai syarat, etika dan larangan untuk menyucupkan keghairahan berblog. Sehingga ianya menerima nasib yang sama dengan AUKU, Akta Cetak, dan sebagainya sehingga melayukan nada-nada yang tidak selari dengan pihaknya (UMNO-BN).

Hamba juga mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa bangga dengan cara team bloggersnetwork@Perak dan lainnya dalam persepakatan mengumpul maklumat, mencari maklumat dan menyebarkan maklumat. Perkara ini sangat-sangat diperlukan, iaitu berblog dalam kumpulan, kerana kerja secara berjemaah itu adalah lebih baik dan lebih berkesan. Berbanding bloggers yang bergerak sendirian. Hamba pun jika berpeluang ingin berkumpulan untuk memberi lebih semangat dan keyakinan. InsyaAllah dalam usaha.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP