"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

PKR Gertak, UMNO Buat

07 Februari 2009

PKR pernah gertak nak tubuh Kerajaan Pusat 16 September, huru hara UMNO dibuatnya kerana tidak mahu kehilangan kerajaan. Pelbagai langkah yang dibuat untuk memastikan impian PKR/PR tidak menjadi realiti. Mungkin kerana banyak lagi 'agenda' belum selesai.

Apa yang kita dengar hari ini, gertak PKR ini belum menjadi kenyataan, bahkan UMNO dah pun merampas kerajaan negeri Perak daripada kerajaan PR walaupun proses mahkamah belum diputuskan. Dari satu sudut UMNO sudah menang dengan Sultan Perak telah menabalkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang ke 11.

Harus diingat!! usaha UMNO tidak terhenti hanya setakat ini, kerana DS Najib akan memastikan UMNO/BN terus melonjak ke kemuncaknya atas alasan UMNO akan adakan pilihanraya Mac ini, yang lebih penting lagi beliau akan memegang tampuk pemerintahan negara dalam keadaan yang utuh. Dari itu, mana-mana negeri yang berpotensi untuk di"perakkan" ketika ini mesti berhati-hati dengan taktik ini seperti Kedah buat masa ini berpotensi besar untuk di"perakkan" dengan bayangan-bayangan tuduhan ke atas ADUNnya. Minta perkara ini diambil perhatian serius wahai PR jika sayangkan kerajaan yang dipimpin sekarang. Walau pun begitu, PR tidak harus lumpuhkan fokus, kemungkinan UMNO/BN mempunyai agenda lain, mungkin Kedah sebagai alat untuk mengalih perhatian PR sedangkan mereka mahukan sesuatu yang lain.

Sudah sampai masanya apa yang dilaungkan DS Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pusat melalui lompat parti, kalau betul perkara ini positif di mata perundangan bermakna tidak salah PR mengambil keputusan yang sama untuk menubuhkan kerajaan pusat. Ayuh!!! PR ... jangan tunggu lagi, gerakkan langkah untuk membentuk kerajaan yang dijanjikan ketika UMNO/BN sedang berpesta di Perak dan ketika UMNO sedang mabuk pemilihan Mac ini.

kepada DS Nizar, hamba ucapkan tahniah atas kecekalan menghadapi situasi ini, dan semua pendokong, pengokong dan mereka-mereka yang simpati, ambillah langkah yang sederhana, langkah yang berhati-hati kerana setiap langkah kita akan dinilai. Lebih-lebih lagi perkara yang kurang menyenangkan sentiasa dicanang dengan olahan yang memburukkan PR.

"Hamba berharap Kerajaan Pusat yang baru sebagai galang ganti Kerajaan Perak"

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP