"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Lif Sentul : Bukti UMNO/BN Tidak Mampu Mengurus Hal Rakyat

28 Februari 2009



Kita semua maklum bahawa lif flat yang terletak di Sentul Utama sudah rosak dan beberapa kali mendapat perhatian pihak media arus perdana untuk santapan rakyat Malaysia yang amat harmoni ini.

Paparan media ini mencuit lena seorang timbalan menteri, lantas beliau berjanji untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dengan janji-janji manis macam biasa.

Tetapi apa yang menyedihkan, sehingga ke hari ini penghuni flat ini terus dihantui trauma lif flat yang rosak dan sangat-sangat mengganggu kelancaran aktiviti harian mereka. Rumah yang dianggap syurga mungkin tiada bagi mereka, rumah sebagai suatu tempat istirehat mungkin memenatkan mereka, rumah sebagai tempat bersenang-lenang mungkin menyusahkan mereka, rumah mereka tidak sama dengan rumah kita. Apa kata sekiranya rumah mereka diami sekarang adalah rumah kita dan rumah yang kita huni dalam serba keselesaan sekarang adalah rumah mereka??!!

Setakat malam ini hamba tengok berita TV3, flat ini masih dalam dilemma, janji seorang yang berjawatan timbalan menteri tidak sampai kemana uasahanya, kalau BN memerintah gaya ini, sekecil ini masalah pun tidak dapat diselesaikan cuba kita bayangkan dalam masalah-masalah rakyat yang lebih besar dan rumit lagi.

Kesimpulannya, BN gagal dalam memberi khimat terbaik untuk rakyat Malaysia kalau sesuatu isu/ masalah itu tidak mendatangkan keuntungan kepada diri dan kerier politiknya, maknanya khidmat berteraskan kepentingan diri semata. Patut untuk rakyat menolak parti-parti yang sebegini untuk kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP