"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Apakah Kita Lupa Pasal Minyak

09 Februari 2009

Dulu semua rakyat mengeluh pasal minyak sebab harga minyak naik mengikut harga pasaran dunia. Maka pemimpin-pemimpin yang memegang fortfolio minyak pun berhikayat termasuklah profesor-profesor kangkong mula timbul di permukaan air bagi menonjolkan diri moga-moga mendapat tempat dalam pesta keraian kerajaan UMNO/BN, mana tau kot-kot dapat habuan sesen-dua sapa yang tau.

Seolah-olah rakyat sudah berpuas hati dengan harga minyak pada tahap RM1.90 sekarang, apa tidaknya sebelum minyak naik pun harganya RM1.92. Apakah kita lupa dengan kenaikan harga minyak yang mendadak menyebabkan semua harga barangan pun turut naik dan kita sedang menanggung dari kenaikan itu. Bermakna kos sara hidup kita meningkat dan terpaksa ditanggung dari keputusan yang dibuat oleh BN.

Kemanakah janji-janji BN untuk rakyat, bila harga minyak naik mereka tak sabar-sabar naikkan harga dalam negeri walaupun minyak kita begitu banyak, tapi bila turun mereka terkial-kial gayat nak turunkan. Apa salahnya kita/ rakyat menagih janji ini yang mereka buat sendiri untuk kita.

"PEKAN, 25 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan bahawa kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel akhir bulan ini berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kabinet menyerahkan kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan berhubung harga baru itu.
“Tunggulah, kita dah janji bahawa kalau harga minyak dunia turun, maka harga minyak petrol dan diesel tempatan akan melambangkan harga pasaran minyak yang sebenarnya.
“Bagilah sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan, kabinet telah memberi mandat kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk membuat keputusan sekiranya harga minyak dunia semakin menurun, maka minyak tempatanpun akan turun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal haji kawasan Parlimen Pekan, di kediamannya di sini."


Jangan sesekali kita lupa, jangan realisasikan ungkapan "melayu mudah lupa" dan isu ini hamba pandang suatu isu yang belum lagi basi untuk PR ketepikan.

0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP