"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi,"

Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Tajol Ambil Tanggungjawab, Yang Lain Bila Lagi??

31 Januari 2009


Hamba ada terbaca artikel yang ditulis oleh Wan Nordin dalam Harakahdaily yang bertajuk Tajol dipertanggungjawabkan, bagaimana dengan Najib? Hamba ucapkan tahniah kepada Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali kerana mengambil tanggungjawab atas kemasukan Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Dalam senario ini, hamba rasa ramai lagi yang patut ikut jejak langkah Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali dalam perkara yang serupa. Hamba sifatkan beliau ada sifat bertangunggjawab yang tinggi kepada apa yang beliau dokong.

Dalam hal ini hamba berpendapat antara mereka yang patut mengikuti jejak langkah Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali ialah:

1. Perdana Menteri - Dalam PRU 12 baru-baru ini 5 negeri jatuh ketangan PR, serta Wilayah Persekutuan hanya memenangi 2 kerusi. Jadi kepimpinan sekarang tidak dapat menarik minat rakyat untuk memilih mereka atas apa jua sebab.

2. Tim. Perdana Menteri - Seperti sedia maklum TPM adalah merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk meneraju PRK KT tempoh hari dan kalah dengan teruk dalam sejarah PRK sekali sekali gus merobek maruah BN/UMNO di mata umum.

3. Mantan MB Selangor - Negeri Selangor merupakan negeri yang banyak hasilnya, teguh keBNan dan keUMNOannya, tetapi jatuh ke tangan PR dalam PRU 12.

4. Mantan KM Penang - MCA/BN tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat Pulau Pinang sehingga jatuh ke tangan PR.

5. Dan beberapa individu-individu lain yang gagal dalam kepimpinan dan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat tetapi hanya mempunyai kuasa dan wang sahaja untuk mereka bertahan.

Zaman ni adalah zaman pelupusan berteknologi tinggi yang tidak mencemarkan alam sekitar, mana-mana yang tak boleh pakai lagi baik hantar ke pusat pelupusan secara berkala supaya tidak mengganggu rakyat dengan kebusukan dan kesampahannya.


0 ulasan:

Siaran Langsung Parlimen

Galeri BlogGeRun

Akhbar Asing

Suara Politik

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP